In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.
Tadi secara tak sengaja aku terbukak document yg di-email dari seorang rakan lama di INTEC dulu.
Rakan yang pernah aku sayangi, dan masih aku sayangi hingga saat ini.
Siyesly memang mengimbau kenangan lalu, menusuk ke kalbu.
Kenangan yang tak mungkin akan berlaku lagi.
Tah dia ingat lagi ke tak, aku pun taktau.
Dalam tengah sibuk study nak final boleh pulak aku bersedih-sedih sebentar.
Aku sedih sebab aku dengan dia bukan lagi sahabat baik yang saling menyayangi seperti dulu.
Aku sedih sebab aku dah tak jumpe dia lagi.
aku sedih sebab kitorang bergaduh.
Aku sedih sebab I can't be there for her and same goes for her.
Aku sedih cuz I've lost someone so dearly to me.
Seorang kawan yang aku sayang sangat.
But now I do realize yang Allah itu lebih menyayangi aku.
Kasih sayang Allah lebih besar dari kasih sayang seorang manusia.
Allah is always there for me, and for everyone else.
HE has plenty of love to share with us.
Kasih sayang-Nya tak terhingga.
Allah beri aku ujian, aku pernah gagal.
Aku terperdaya dengan kejahatan dunia
Aku termakan hasutan iblis.
Tapi Allah tak pernah marah aku.
Allah tak pernah pergi meninggalkan aku, tak pernah melupakan hamba-Nya yang lemah ni.
Allah masih sayang aku apabila DIA menunjukkan aku jalan yang benar.
Walaupun aku pernah keciwa dengan dasyatnya, Allah beri kebahagiaan dalam bentuk yang lain.
Ye, aku pernah berasa jauh dari Yang Maha Kuasa.
Jauh dari kasih sayang-Nya.
Aku pernah jatuh ke lembah dosa.
Hanyut dengan perkara duniawi.
Tapi ingat lah disebalik kesulitan, ada kesenangan.
Mungkin masa tu mata hati aku terlalu kotor hingga tak nampak jalan yang ada.
Dan kini dengan izin-Nya, aku bertatih kembali.
Aku dapat rasa yang hidup aku ini lebih bermakna.
Betapa ruginya masa-masa lalu aku dulu yang jauh dari Pencipta Alam.
Betapa ruginya aku mengharap kasih sayang insan manusia bergelar sahabat sedangkan cinta Allah Yang Maha Pengasih itu lebih manis.
Lebih nikmat.
Lebih bermakna.
Bukan bermakna aku tak sayang kawan aku…bukan…
Tapi aku faham sekarang yang aku kena sayang kawan aku kerana Allah.
Setiap hari aku berdoa kepadaNya agar diperbaiki hubungan persahabatan kami yang tercalar akibat terlalu mengikut kata hati.
Setiap hari aku berdoa agar persahabatan aku dengan sesiapa sahaja diberkati dan diredhaiNya.
InsyaAllah.

*Aku tak rindu pada kita yang dulu, tapi aku rindu nak berkawan baik dengan kau semula*