In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.
Aku sedang cuba mencari keseimbangan kosmos. Bukan keseimbangan terma atau keseimbangan semasa melakukan gimnastik. Itu semua tak penting bagi aku. Thermal mood aku memang dah swing north to south, panas panas dan sejuk kadangkala.
Dalam tempoh beberapa bulan ini semuanya bercelaru. Aku dah mula jadi seperti dulu, easily annoyed by people.
My life, I don't know what's happening to my life.
In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.
Out of the blue, harini I nak share something with u guys. Semua ni bermula dari detik I nak jual my kitten, then ada some ppl asked me if the kitten has birth certificate or not sume. Then mula lah kerja-kerja men-search di laman sesawang. And here what I got.
***
Kucing Pedigree adalah kucing baka atau kucing yang mempunyai (piawaian). Kucing ini MESTILAH mempunyai sijil ketulenan yang dikeluarkan oleh badan-badan pengawasan kucing dunia. Contohnya : The Cat Fancier's Association (CFA), The International Cat Association (TICA), FIFe etc).
Kenapa pilih kucing pedigree? Kucing-kucing ini telah dibuktikan keasliannya (menerusi genetic) dan ia lazimnya mempunyai genetic yang baik dan tidak membawa penyakit. Kucing Pedigree terdapat dalam 42 baka (CFA), seperti Persians, Maine Coon, Norwegian, American Shorthair, Abyssinian dan lain-lain. Kucing pedigree tidak terdapat di pet-shops, Ia hanya boleh didapati oleh pembiak-baka bertauliah (registered breeder)
Kucing-kucing yang biasanya terdapat di Pet-shops ialah kucing yang telah bercampur (didalam peraturan kucing dunia, baka tidak boleh dicampur bagi mengekalkan keaslian baka) kucing-kucing ini kita panggil Domestic bulu pendek (Domestic ShortHair (DSH)) atau Domestik bulu panjang (Domestic LongHair (DLH)). Kebanyakan pet-shops ini menipu pembeli dengan mengatakan kucing mereka 'Persian', 'Garfield', 'Maine Coon' dan banyak lagi, tanpa sijil dari CFA, TICA dsb..ia tidak boleh dibuktikan, ia hanya kucing domestic. Malahan harganya mencapai ribuan ringgit!!!, sedangkan pembeli tertipu dengan baka, malahan tidak mempunyai rekod vaccination dan health guarantee.
Pembiak-baka yang sah (breeder yang berdaftar dgn CFA contohnya) atau registered breeder hanya akan menjual kucing pedigree yang disertakan sijil. Mereka akan menyertakan bersama rekod vaksin, health cert. dan juga agreement jual-beli yang dipersetujui bersama bagi mengelakkan mana-mana Pihak tertipu. Contohnya, katalah anda membeli kucing pedigree tersebut, selepas sehari kucing tersebut mati kerana virus FIV. Anda boleh menuntut Ganti-rugi atau kucing lain dari breeder (seperti agreement jual-beli). Sebab itulah harga pedigree lebih mahal, kerana keaslian dan health guaranteenya, ini ditambah dengan makanan berkuali dan penjagaan yang baik.
Bolehkah anda mendapat guarantee ini dari pet-shop atau individu tertentu? Sudah tentu tidak, malahan banyak pet-shops atau individu yang menjual kucing tidak menitik-beratkan soal penjagaan kucing, kita seringkali melihat kucing didalam sangkar terkurung, berpenyakit, tidak sihat..makanan tidak bersih dsb...kenapa kita mesti support/membeli dari orang sebegini???. Malahan jika kita lihat sesetengah pet-shop menjual kucing mereka dengan harga yang mahal untuk 'Persian' yang sebenarnya hanyalah Domestik Bulu Panjang...sedangkan harga yang sama anda boleh memilikki Persian yang 'original' atau asli.
O.k kenapa sijil penting? Harus diingat, sijil ini adalah dari badan kucing dunia seperti CFA BUKAN dari syarikat atau cattery atau Pet-shop mana-mana. Kalau Pet-Shop beri anda sijil mengatakan kucing anda Persian atau sebagainya..sijil tersebut TIDAK SAH!.
Sijil penting bagi membuktikan keaslian kucing. Pada sijil terdapat nombor kucing, nama kucing, nama bapa & emaknya, gelaran (jika ada..seperti Champion, Grand Champion dan sebagainya), tarikh lahir dan sebagainya. Anda boleh menyemak dengan CFA (contohnya) untuk mengetahui keturunan kucing anda dan keasliannya.
Sijil juga penting ketika anda ingin 'show' kucing anda..anda dikehendaki mengemukakan sijil bagi bertanding dalam kategori Championship, Premiership & Kitten...jika tidak, anda hanya layak bertanding dlm kategori HouseHold Pet, iaitu kucing domestic dan kucing anda TIDAK AKAN memperolehi gelaran Champion dsb.
Bolehkah kucing domestic didaftarkan untuk sijil? TIDAK BOLEH. Ini kerana kucing domestic bukan kucing baka atau pedigree. Ia sama sekali tidak boleh didaftarkan.
Articles from http://www.felinemalaysia.com/FAQ_BM.htm#Persian_or_Not
In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.
Dengan berlalunya Ramadhan, I nak wish Happy Eid Mubarak to all.
Semoga kita diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan lagi, InshaAllah.
And tak lupa, nak mohon maaf kalau TERkasar bahasa, TERbuat salah, TERguris perasaan, TERmakan hati, TERmengata, TERmengumpat, TERmarah dan TERtengking *yg ni paling banyak kot*. Harap kawan-kawan sudi la maafkan saya insan yang banyak buat salah ni.
Dan kepada 'Triple H', dah genap setahun kita tak jumpa, tapi deep down aku harap kau masih anggap aku as kawan kau, and aku nak mintak maaf dr hujung rambut sampai hujung kaki atas salah silap aku pada kau selama ni. Ntah la, maybe kau takkan nak baca pun post ni but aku siyesly harap kau maafkan aku.
"bilamana diminta kita untuk berjuang di jalan ALLAH, maka persiapkanlah diri, tabahkanlah hati, tenangkanlah jiwa & kuatkanlah semangat. Kerana tiada kemenangan seindah Eidulfitri"
Well, some says that I’m arrogant. I may look like one bigheaded and vain but it’s really based on how you see me. Truth is, I don’t smile all the time; nobody did. I smile and nod whenever I think it’s necessary. That's it. Terpulang pada individu tertentu how to judge me. I don’t care that much anyway.
My motto is simple; I’ll be with people who know my worth. I don’t need too many people to be happy, just a few real ones who appreciates me for who I am.