Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

Dubu Dubu with friends


In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
So, we're at Dubu Dubu Midvalley! 

Dah lama Nadia mengidam nak makan here, akhirnya terkabul jugak.


For me menu dia sangat la bagus sebab ditemani ilustrasi ilustrasi yang mengiurkan dan menggegarkan perut. 

Haha. Seriously. 

Dengan nama-nama food yang unfamiliar, nasib baik disediakan dengan gambar. Kalau tak mesti lagi blur blur je nak order.

 
So ini apa yang aku order, ce teka ce teka. Tehee~

Jengjengjeng. Presenting Dol Sot Bibimbap! 

*tepuk tangan*

(Stone-bowl mixed rice with beef) harganya cuma RM17.90

Sesuai bagi mereka yang suka sayur mayur sebab beef itu ditemani oleh carrot, jagung, kimchi, telur separuh masak and kat bawah tu ada nasik dia yang warna macam purplish.

  Cara nak makan bibimbap ni, korang kena mix dengan Special Dubu dubu Spicy Sauce.

Nota : Kurang sesuai bagi mereka yang karnivor sebab daging dia sikit aje. And makan kena gaul everything, so agak messy and comot.

Cik Nadia pulak order Kimchi Gogi.

Harga satu set adalah RM15.90.

 
Yang ni sesuai untuk peminat Kimchi sebab sangattt banyak kimchi dia :)

Sheken order Chicken Bulgogi.


Price is Rm 17.90 per set. Yang ni portion dia sangattttt banyak. Tak habis ok makan. Tehee~

Lastly Cik Ana tokey vco kita order Spicy somethinggg.

*sorii, tak ingat dia order apa, nanti kalau jumpe resit i update okeyy*

Tapi yang penting menu Ana spicy gile, sampai nak menangis :) *tapi rice cake dia sedap*

Ok for drinks, aku order Citron Tea. Boleh tahan tapi ada rasa pahit-pahit sikit hujung dia.

Nadia pulak order Aloevera Punch, sedapppp~ Recommended untuk first time diners :)

Ok so meh meh layan gambar sengal kami :)

Ada Super Junior Show!




*Burpp. Alhamdulillah*

Balik dengan perut yang riang gembira!

***

Oh lupaaa, Happy 23rd Birthday Nadiaaa :)

May you have a wonderful life !






Wednesday, September 26, 2012

VIVA

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Alhamdulillah, praise to Allah.
I'm done with my Viva. 
Woott wooottt! 

*ehemm ehemm jangan happy sgt*

Happy happy jugak Sarah, remember you still got a few things to be done by tomorrow.

Report STM. Uargghh. 

Ok let's think about that a bit later ehh? 

For time being, let's celebrate our half-independence by uploading a few pictures taken at our new campus at Enstek.



Iklan jap...

If I were asked to stay kat hostel baru tu, sumpah takde motivasi nak pergi kelas. Sebab nya hostel sangatttttttt lah jauhhhhhh nya dengan bangunan akademik.
Pastu memang akan sanggup ambik lesen motor sebab hari-hari pergi kelas nak naik motor. 
Haha.
Kesiannn adik-adik junior :)


Thursday, September 20, 2012

Eid



In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Our very last Eid celebration was held today.
Yea I know Syawal has left us, but come on la, it's out very very last Eid at IPG and as a student. 
 So I got with me heaps of picture but I'ma gonna put only some here to save my internet data.

*I've used almost 90% data. Arghh*

 

 
This picture scream "Meh duit raya terakhir kami!" 
Hihi.
Picture courtesy of Cik Mieya Hasmadi :)

Wednesday, August 8, 2012

Simba dah pergi

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
 
Ya Allah. Sedih betul.
 
Simba. Simba. Simbaa.....
 
Allah lagi sayang Simba.
 
Masa mak called bagitahu yang Simba dah takda, meraung gak dalam kereta. 
 
Habis lencun.
 
Pastu siap pakcik jiran tanya, "Kenapa ni?"
 
It may sound silly to some of you, ye la Sarah yang selama ni nampak tough boleh nangis simply because her cat dies.
 
Sometimes I do value my cats more than human.
 
Sebab apa?
 
Sebab cats are loyal to their owner. Cats never lied to me. 
 
Cats are always by your side, through thick and thin. 
 
Unlike some of the poeple that I know, yang backstabber, yang ratu putar belit alam, yang suka tipu janji lepas tekak sendiri. 
 
Yes, people like you. You know who you are.
 
I value my Simba more than you. 
 
May you rest in peace my little Simba 


Friday, July 27, 2012

Bye bye bye



Sorry la wehh, hati aku dah tawar nak jadi kawan kau.

Cry as much as you want, even setempayan sekalipun, it won't change a thing.

Jangan ingat I'll berlembut hati, even it is your birthday.

This is the price you have to pay for mengkhianati my trust.

Yes I know lepas ni people might ask what had happen, and I know you so much that you'll spill the bean.

Takpe, aku tak kisah, sebab it's you own fault.

You're responsible for your own act. 

Dah tau tak boleh hidup sorang sorang tanpa kawan, lain kali jangan buat taik kat kawan tahu.

Dah tau taik tu busuk, sooner or later we will find out kan, and yes we did. Too bad for you.

To be honest, aku tak kisah pun kau takda dalam hidup aku sebab I can live without you. Its you who can't live without me and you housemate.

Ouh man, tiba tiba rasa nak nyanyi lagu Nsync yang Bye Bye Bye tu khas for you!

Friday, March 30, 2012

Hati, bertabah lah

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***


Hatiku, sila kuat. Sila tabah. Sila jadi keras seperti dulu pun tak mengapa.

Biarlah orang nak kata apa. Sebab kalau kau sakit, kalau kau pecah, aku dan kau yang derita. Mereka tahu apa?!

Biarlah orang nak caci kita. Yang penting kau hati aku, aku tuan kau. Kalau kau sakit, aku pun sakit sama. Orang lain tu tak rasa.

Ya Allah, kuatkan lah hati aku ini. Tak sanggup rasanya andai perkara sama berulang lagi. Hati hamba mu ini tak kuat.

Ya Allah, tabahkan lah hati aku menghadapi ujian ini. Ya Allah, lindungi lah aku dari segala kejahatan di dunia ini. Lindungi lah hamba mu ini dari segala fitnah.

Aminnn.



₪Via my ohsem Nokia₪

Friday, February 3, 2012

hihi

*Beep beepp*
*New text message*

"I din c my faithful supoter dis mornin? :( 'Naib Johan' thn ni :) If I wud hav seen u pasti 'Johan'. :D HAPI HOLS dear! Tc.

"


-Madam Evelyn-



PS: Terharu... Hehehe

Monday, January 2, 2012

With Love


Tengah browsing thru youtube tiba tiba teringat nak cari this one song yang menjadi one of my fav masa zaman muda mudi dulu, ihiks :)

So cepat cepat tekan keyboard cari lagu From Sarah With Love.

Ding Dong, jumpa :)

Lagu ni di rekemen oleh Hana Ash masa tu kalau tak silap tingkatan 5 kot sebab dah tak pakai Walkman dah. Time tu pakai Discman Panasonic warna biru yang Kamal bagi. Dulu dulu warna kegemaran adalah biru hehe.

Tak ingat CD siapa tah tapi berebut la pinjam pinjam ikut turn kan.

Yela duduk asrama mana nak dapat download lagu tu nak burn lagi guna apa kan.

So meh letak sini untuk halwa telinga sendiri :)



Penuh bermakna lagu ni untuk aku buat masa ni =__=

Sunday, January 1, 2012

Hello 2012



In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***

Happy New Year.
Mari tutup kisah lama dan mulakan tahun ini dengan segala yang positif, dan berdoa agar sentiasa dirahmatiNya.

So, i got a text from Ami;

" Semoga Sarah kesayangan saya, pda tahun baru 2012 ini akan lebih berjaya, menjadi seorg muslimah yg lebih baik, menjadi guru kesayangan ramai,sentiasa mendapat yg terbaik, sentiasa berada di bawah limpahan rahmatNya, bahagia2 selalu & semoga bertemu dgn jodoh yang baik2 =).. love u much!! "

Aminn, may it all come true.

I loveee you too Amiee.

So sweet of you to text me with all the thoughtful wishes. If you were a boy, I'd marry you right awayyy. Haha.

Anyway, semoga tahun ini lebih bermakna untuk kita semua dan semoga hidup ini sentiasa diberkati Allah swt.

And macam malam malam new year yang lepas lepas, memang mengalami masalah susah tidur. Sebab orang tembak mercun ke firework ke tah dentum dentum atas bumbung rumah ni haa. Kaya benor jiran jiran tetangga ni ye asal ada perayaan je bakar mercun/bunga api.

Tak rasa macam bakar duit ke?

Baik beli wedges ke heels ke kan. Hihihi.

Ok i'm off to bed ditemani headphone super besar dipinjam dari Fahmi dengan harapan dapat menghalang dentuman tu masuk ke dalam gegendang telinga comel ku ini. Haha.

Nite!

Thursday, December 15, 2011

girlfriends reunited :)




In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***

Alhamdulillah berakhirlah sudah trip 2 hari ke Kedah.

Penat jugak mintak izin Abah nak ke Kedah. Mula mula macam taknak bagi je. Abah rasa aku ni macam budak budak lagi kot. Tapi atlast dapat jugak. Hihihi :)

So pagi pagi lepas subuh je mak dgn Mok pergi anta. Bertolak ke Alor Setar from Teluk Intan dengan menaiki bas express tepat jam 8 pagi. Ye, I naik bas express, nak drive tak confident sorang sorang dengan tak tahu jalan nya, lain la kalau berteman kan. Hehe. Dah bertahun tahunnnn tak pernah naik bas. Nerves la jugak :P Hihi.

Sampai je kat Shahab Perdana, Qilah, Mighah and Diba dah tunggu. Hehe, macam nak sambut pelancong asing je gaya diorang.

Buat apa pergi sana?

Hehe, pergi berjumpa kawan kawan lah ape lagi. Seronok sangat dapat meet up dengan kawan kawan masa kat INTEC.

Ada yang baru tahun lepas jumpa, ada yang dah 4 tahun tak pernah jumpa. Maklum lah diorang belajar jauh nun di negara bersalji tu :)

Tiket bas. Single seat. First time ni. Hehe.

Dengan Aqilah, 'penganjur majlis' :)

Kami berlima lima :)

Diba, Syaz, Mighah and Qilah at Alor Setar Mall

Next day Qilah bawak pergi melawat around Alor Setar since my ticket pukul 3pm. Sempat la pergi Istana Anak Bukit, lari lari sebab guard tiba tiba bukak gate. Cuaks :) Then pergi hantar Diba dulu before sambung jalan ke Menara Alor Setar and Muzium etc etc.

View dari bawah Menara.


Bye Bye Aloq Staq. I'll come again one day InshaAllah :)

***

Arrived at Terminal Teluk Intan around 9PM. Fahmi Mak and Abah datang fetch. Then bawak diorang pergi Marrybrown, belanja dinner :) Lepas gian dah lama tak makan situ. Last makan Marrybrown masa 'rombongan secara haram' ke Genting tahun 2003 :)
Oh memori :D Haha.



Friday, December 9, 2011

Jom menjiwang


Haha, title entry tak menahan. Well, Amie dedicated this song for me 20 minutes ago. So I guess I'll posted it here so that I can listen to it whenever I blog. And in a way I'll remember that it was her who make me listen to this.

So jom layan :)


Stitch by Stitch by Javier Colon.

Oh man, his voice is like the sweetest thing everrrr!
Boleh kena kencing manis kalau dengar lama lama. Hihi.

Oh, siapa Javier Colon ni? Well, he's the winner of The Voice yaww.

Masa tengok dia audition aritu pun dah cairrr. No, not because of his appearance or physical sebab dia memang tak hensem pun, tapi the way he carries himself, dengan guitar nya, suara yang sweet yet powerful itu.

Yeah, I always has 'a thing' for guitar kan. Which remind me; bila nak beliiiii guitar ni? Ish.


I hearttttt you Amie :D

***

PS: Alhamdulillah dah masuk hari kedua berpuasa :) Esok rest dulu sebab mahu jog.

Thursday, November 24, 2011

Penang trip





In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Berlalu lah sudah trip 4 hari 3 malam kitorang kat Penang Island ni. Banyak memori tercipta, banyak juga wang mengalir keluar. Hiks :)

Overall trip ni more to berjalan cuci mata and trying penang local culinary delight. So memang takde la buah tangan berupa keychain mahupun jeruk jeruk. Tak baik untuk kesihatan tau makan jeruk jeruk ni.

So macam biasa, saya lebih rajin meletakkan gambar daripada menulis. Penat aih nak nulis panjang panjang, aku bukannya gifted bab tulis menulis ni :)

As for 1st day, kitorang direct pergi Bukit Bendera dari Airport. Kat sana kitorang naik train ke atas. Kebetulan that day ada pertunjukan ular. So memang wajib amik gambar dengan ular la kan budak budak ni. Bajet tak takut ular last last makcik dia ni jugak jadi mangsa kena pegang kepala ular albino tu =__=
(Menyesal betul la aku pakai heels CR2 merah tu. Bayang la naik bukit pakai heels, memang superwoman.)


Next day, pergi Toy Museum pagi pagi tu. Dalam iklan punya lah gempak kan gambar sekali pergi sana memang indah khabar dari rupa aje dik non. Tak tahu la sebab tengah construction or what tapi tempatnya berhabuk dan banyak figure figure tu yang dah terjatuh. Kira macam tak diselenggara je.
Pastu check out dari Naza Talyya check in kat Chulia Heritage lak then pergi makan kat padang kota lama. Sekali kena 'sembelih' dengan mamak sana. Puii. Tak patut betul. Mentang mentang kau tahu kami bukan local people, kau ketuk harga pasembor sampai RM30 kan. Dahtu mintak Char Kuey Teow biasa, dia bg yang special pastu paksa bayar RM8 sepinggan. Memang taknak datang dah pasni. CKT nya kuah rasa macam sos tomato je.
Makan ni sahaja RM30, kena tipu.

Ni kat Hameediyah Restaurant, recommended by Umi Aziz. Memang the best Briyani in Penang. Puas hati :)

Third day check in kat Vistana, pastu kawan Abg Haikal bawak pergi naik ferry and try out CKT kat seberang prai, memang the best!


Fort Cornwallis

Night view from our balcony. Niceeee :)

Overall the trip memang best sebab it is filled with makanan makanan yang membuatkan perut kita melonjak lonjak gembira. Haha. Another good reason to eat kan. So lepas ni kalau berminat nak ke Penang lagi haruslah ber-contact dengan kawan kawan yang berasal dari sana supaya tak tertipu dengan kedai makan yang nama macam megah tapi servis dan food hampeh. Cari lah kawan local Penang dan ajak dia jalan jalan cari makan okeyh! :)

***

Pasni akan ke Subang untuk memanah. Weekends full of wedding invitations. Going to Kedah untuk small reunion with INTEC's friends dan Port Dickson untuk family outing.

First time jadual cuti padat macam ni :)

Sunday, November 13, 2011

rumput paling cantik

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya.

Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.


Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

***

Entry ni bukan ditulis oleh aku. Aku copy kat fb simply becuz i like the message it brings (:

And maybe I should continue my reading. Exam is on this coming Monday. Semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan. Aminnnnn.

Tuesday, October 25, 2011

Tasha n Melissa



Two of my sunshines :)


Tuesday, October 18, 2011

Archery




In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***

Aktiviti harini adalah memanah!
Ye, memanah.
Agak pelik bunyi nye bila aku pergi memanah kan.
Tapi itu lah, out of blue Iffah ajak and I straightaway agree.
And so we both pergi la Star Archery kat Times Square.
Pakai coupon so murahhhh gile.
RM15 and you get 78 arrows :)
Hah, panah la kau sampai lebammm!






It was funn!
Siapa nak pergi pasni please ajak I :)


Update (19th Oct) : Sakit sakit lengan. Maybe sebab tak warm up semalam kot. Teehee~

Monday, October 17, 2011

A helping hand :)




In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***

Tengah hari tadi I got a call from Nadia asking me to help her with the fondant.
Esok dia ada amali masakan.
Dia kena settle laporan dokumentasi untuk her amali tomorrow, so she asked if I can help her to roll and colour the fondant.
Bagai orang mengantuk disorongkan bantal!
Eceehhhh, tak lah, aku memang suka buat benda2 kememeh macam ni.
Baking, decorating, masak - memang aku ringan je nak buat.
Cuba suruh aku lipat kain, huhhh, esok pun belum tentu siap :D
So aku pun pack lah laptop dan beberapa barang untuk pergi ke rumah diorang.
Petang tu baru lah kitorang duk uli dan colour fondant tu.
Tak susah pun, senang je sebab dah beli fondant yang ready to roll.


Ini fondant putih yang dah diwarnakan dengan colour hijau muda.

Ini yang warna pink. Kitorang buat bentuk stars.

Stars yang dah siap.

Combine both colour. Lekatkan guna air pun boleh, nak guna royal icing pun boleh.

Tengah tunggu stars kering sebelum dimasukkan dalam bekas.

Ouh actually kitorang ada buat roses guna pink fondant.
Too bad, lupa nak snap gambar :(

Anyway, goodluck with your amali masakan Nadia :)