Saturday, December 31, 2011

Ish

How do we tell some one that we like him/her?

How?

.
.
.
.


*lari nyorok bawah bantal*

Saturday, December 24, 2011

Glee-ish

Demam Glee dah mula balik lepas I siap download season 3 sampai Episod 9 :)
Ulang tayang sampai adik kat tepi muntah hijau.
Haha. Pedulik apa yang penting dapat layan lagu lagu dan suara diorang yang best itu.


So, here's one of my faveret.
Why this and not the other?
Ok sebab ini lagu Uptown Girl. Siapa tak tahu lagu ni sila tampar pipi sendiri.
Kenangan zaman sekolah tu.
Manis macam gula.


Plus it was sung by The Warbler yang mempunyai koleksi lelaki lelaki kacak yang memakai uniform.
Ye, lelaki yang berpakaian smart itu menarik tahu, from my point of view la sebab selera lain lain. Kelip kelip mata.
Ooops, termenggedik kejap :P
Blame the hormone, tak berapa stabil.
Haha.

Mari mari tengok :)



Friday, December 23, 2011

seni melukis

Time to put up some talent huh.
Kagummmm :)


Monday, December 19, 2011

Vac #3

This would be my 3rd vacation for this school hols. But this time hanya pergi yang dekat dekat aje, which is PD.

And as usual my vac mestilah di-sponsored. *Ketawa jahat*. Kali ni Kak Law yang sponsor. Untung lah jadi adik kan kan kan *senyum sampai telinga*.

So, I'll be away from Monday till Wednesday. Then macam biasa la sesi mengupload photos gedik eh eh, aku manade gedik, i mean photos memory memory percutian (:

Chioww (: ~

Thursday, December 15, 2011

girlfriends reunited :)




In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***

Alhamdulillah berakhirlah sudah trip 2 hari ke Kedah.

Penat jugak mintak izin Abah nak ke Kedah. Mula mula macam taknak bagi je. Abah rasa aku ni macam budak budak lagi kot. Tapi atlast dapat jugak. Hihihi :)

So pagi pagi lepas subuh je mak dgn Mok pergi anta. Bertolak ke Alor Setar from Teluk Intan dengan menaiki bas express tepat jam 8 pagi. Ye, I naik bas express, nak drive tak confident sorang sorang dengan tak tahu jalan nya, lain la kalau berteman kan. Hehe. Dah bertahun tahunnnn tak pernah naik bas. Nerves la jugak :P Hihi.

Sampai je kat Shahab Perdana, Qilah, Mighah and Diba dah tunggu. Hehe, macam nak sambut pelancong asing je gaya diorang.

Buat apa pergi sana?

Hehe, pergi berjumpa kawan kawan lah ape lagi. Seronok sangat dapat meet up dengan kawan kawan masa kat INTEC.

Ada yang baru tahun lepas jumpa, ada yang dah 4 tahun tak pernah jumpa. Maklum lah diorang belajar jauh nun di negara bersalji tu :)

Tiket bas. Single seat. First time ni. Hehe.

Dengan Aqilah, 'penganjur majlis' :)

Kami berlima lima :)

Diba, Syaz, Mighah and Qilah at Alor Setar Mall

Next day Qilah bawak pergi melawat around Alor Setar since my ticket pukul 3pm. Sempat la pergi Istana Anak Bukit, lari lari sebab guard tiba tiba bukak gate. Cuaks :) Then pergi hantar Diba dulu before sambung jalan ke Menara Alor Setar and Muzium etc etc.

View dari bawah Menara.


Bye Bye Aloq Staq. I'll come again one day InshaAllah :)

***

Arrived at Terminal Teluk Intan around 9PM. Fahmi Mak and Abah datang fetch. Then bawak diorang pergi Marrybrown, belanja dinner :) Lepas gian dah lama tak makan situ. Last makan Marrybrown masa 'rombongan secara haram' ke Genting tahun 2003 :)
Oh memori :D Haha.



Tuesday, December 13, 2011

Trip ke utara



Aloq Staq, here I come babeh!

:)

Saturday, December 10, 2011

Love you in my daydream



Build a story in my head
It was love before we met
Happy, with my idea with you
Stay where you are
Please don't break my heart.

:(

Friday, December 9, 2011

Jom menjiwang


Haha, title entry tak menahan. Well, Amie dedicated this song for me 20 minutes ago. So I guess I'll posted it here so that I can listen to it whenever I blog. And in a way I'll remember that it was her who make me listen to this.

So jom layan :)


Stitch by Stitch by Javier Colon.

Oh man, his voice is like the sweetest thing everrrr!
Boleh kena kencing manis kalau dengar lama lama. Hihi.

Oh, siapa Javier Colon ni? Well, he's the winner of The Voice yaww.

Masa tengok dia audition aritu pun dah cairrr. No, not because of his appearance or physical sebab dia memang tak hensem pun, tapi the way he carries himself, dengan guitar nya, suara yang sweet yet powerful itu.

Yeah, I always has 'a thing' for guitar kan. Which remind me; bila nak beliiiii guitar ni? Ish.


I hearttttt you Amie :D

***

PS: Alhamdulillah dah masuk hari kedua berpuasa :) Esok rest dulu sebab mahu jog.

Wednesday, December 7, 2011

JM



Lagu ni baru je jumpa kat utube. Rasanya tak pernah dengar lagi kat any radio stations.

Suka husky voice James Morrison ni :)

Friday, December 2, 2011

Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.



In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***

Post kali ini dipetik dari fb Saudara Hilal Ashraf.

Motif nya adalah sebab bulan lepas aku ada post satu entry yang mengandungi kata-kata dari seorang rakan. Rujuk sini. Turn up rupanya apa yang dia cakap tu tak berapa betul, just dengar dengar sahaja. So diri ini terpanggil to share this new info.

***

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”

Pernah dengar ayat macam ini?

Ini saya namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.

Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa. ^^

Kalau suka, patutnya bagitahulah(semestinya dengan persediaan. Bukan main bagitahu sahaja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu sahaja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Kemudian, siapa la pandai-pandai ajar kalau bagitahu nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ni?

Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?

Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?

USAHA.

Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”??????

Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?

Jadi janganlah ambil Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.

Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka si fulan, saya suka si fulanah. Preparekanlah diri. Buatlah background check. Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.

At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh cari yang lain.

Kalau pendam sahaja buat apa?

Silap hari bulan dia suka kat kita, sebab main pendam, terlepas.

Silap hari bulan dia tak suka kat kita, sebab main pendam, tup-tup dah lama sangat pendam perasaan, syok sangat-sangat, sekali kena tolak. Kecewa. Bertahun dah bazirkan hidup suka dia.

Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.

Tawakkal Buta?

Jangan sekali.

Thursday, December 1, 2011

December sudah

It's December already! Oh my, how time flies without me realising it.

Ini bermakna cuti semakin menghabis. Err, ada ke such word? Tak pasal termerosakkan bahasa.

Anyway, siapa ingat lagi lagu 'My December' by Linkin Park sila angkat tangannn! Kalau tak tahu tanye Incik Google atau Puan Youtube.

Selain lagu lagu Eminem, BSB, N'Sync dan Weslife, itu one of my faveret singer masa Form 2. Ahh tak payah nak 'Eww ewww', aku tau zaman tu memang semua orang layan Weslife, jangan tak mengaku eh.

Ok lah nak layan lagu lagu LP, walking down memory lane giteww tu yang nak layan lagu lagu lama :)

PS: Dah bulan December, bila nak ganti puasa ni -____-

PSS: Happy birthday Alya Yusoff