Tuesday, November 29, 2011

servis pertama kali



In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***

Hari ni first time servis FLX. Pergi kat Proton Authorized Centre kat Jalan Matahari. Alaa, yang dekat dengan tempat jual buah buah tu.

Milage: 1173 km
Service labour: FOC for 1st, 2nd and 3rd

Parts:-
Shell HX7: RM107
Oil fiter: RM12.22
Drain Plug Washer: RM3.32
Screen Wash: RM5.71
Misc: RM2

Total: RM130.25

Paid: RM130.00

Erkk, ada pulak discount 25 sen ea. Hehe.
Selepas di servis, petang tadi terus lenjan pergi Bagan Datuk, jenguk Anjang perempuan. (Anjangperempuan adalah panggilan kitorang kepada isteri arwah Anjang)

Makk aii, teruk jugak jalan nak ke sana, lubang sana sini. Terpaksa membawa kereta dengan penuh hemah dan ayu. Bimbang kalau kalau ada yang tercedera. Haha, handle with care beb, kereta baru la katakan :)

Monday, November 28, 2011

Sweet



Twilight jommm :) :)

Musti sweet diorang punya wedding kan kan kan :)

Saturday, November 26, 2011

Even Heroes have the right to bleed



Wish that I could cry and fall upon my knees


It's not easy to be me :'(

Thursday, November 24, 2011

Penang trip





In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Berlalu lah sudah trip 4 hari 3 malam kitorang kat Penang Island ni. Banyak memori tercipta, banyak juga wang mengalir keluar. Hiks :)

Overall trip ni more to berjalan cuci mata and trying penang local culinary delight. So memang takde la buah tangan berupa keychain mahupun jeruk jeruk. Tak baik untuk kesihatan tau makan jeruk jeruk ni.

So macam biasa, saya lebih rajin meletakkan gambar daripada menulis. Penat aih nak nulis panjang panjang, aku bukannya gifted bab tulis menulis ni :)

As for 1st day, kitorang direct pergi Bukit Bendera dari Airport. Kat sana kitorang naik train ke atas. Kebetulan that day ada pertunjukan ular. So memang wajib amik gambar dengan ular la kan budak budak ni. Bajet tak takut ular last last makcik dia ni jugak jadi mangsa kena pegang kepala ular albino tu =__=
(Menyesal betul la aku pakai heels CR2 merah tu. Bayang la naik bukit pakai heels, memang superwoman.)


Next day, pergi Toy Museum pagi pagi tu. Dalam iklan punya lah gempak kan gambar sekali pergi sana memang indah khabar dari rupa aje dik non. Tak tahu la sebab tengah construction or what tapi tempatnya berhabuk dan banyak figure figure tu yang dah terjatuh. Kira macam tak diselenggara je.
Pastu check out dari Naza Talyya check in kat Chulia Heritage lak then pergi makan kat padang kota lama. Sekali kena 'sembelih' dengan mamak sana. Puii. Tak patut betul. Mentang mentang kau tahu kami bukan local people, kau ketuk harga pasembor sampai RM30 kan. Dahtu mintak Char Kuey Teow biasa, dia bg yang special pastu paksa bayar RM8 sepinggan. Memang taknak datang dah pasni. CKT nya kuah rasa macam sos tomato je.
Makan ni sahaja RM30, kena tipu.

Ni kat Hameediyah Restaurant, recommended by Umi Aziz. Memang the best Briyani in Penang. Puas hati :)

Third day check in kat Vistana, pastu kawan Abg Haikal bawak pergi naik ferry and try out CKT kat seberang prai, memang the best!


Fort Cornwallis

Night view from our balcony. Niceeee :)

Overall the trip memang best sebab it is filled with makanan makanan yang membuatkan perut kita melonjak lonjak gembira. Haha. Another good reason to eat kan. So lepas ni kalau berminat nak ke Penang lagi haruslah ber-contact dengan kawan kawan yang berasal dari sana supaya tak tertipu dengan kedai makan yang nama macam megah tapi servis dan food hampeh. Cari lah kawan local Penang dan ajak dia jalan jalan cari makan okeyh! :)

***

Pasni akan ke Subang untuk memanah. Weekends full of wedding invitations. Going to Kedah untuk small reunion with INTEC's friends dan Port Dickson untuk family outing.

First time jadual cuti padat macam ni :)

Sunday, November 13, 2011

rumput paling cantik

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya.

Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.


Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

***

Entry ni bukan ditulis oleh aku. Aku copy kat fb simply becuz i like the message it brings (:

And maybe I should continue my reading. Exam is on this coming Monday. Semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan. Aminnnnn.

Friday, November 11, 2011

Purr baby purr :)



I like you lips like i like my coca colaaa :)
Haha. Ayat sumpah gedik!
Jom layan lagu yang lirik dia separa gedik tapi comel tah menahan ni :)
Suka suka suka. Hihihi

Oh ye, apa ada dengan 11.11.11 ni?
Adakah tarikh inni dianggap special simply because ianya triple eleven?
Atau sebab hanya berlaku once every century as the next 111111 will be in the year of 2111; which is hundred years from now.
Tak faham -__-
But for me, mungkin special sebab jatuhnya tarikh ini pada hari Jumaat; penghulu segala hari :)

Kepada yang melangsungkan perkahwinan hari ini, tahniah saya ucapkan. Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.

Thursday, November 10, 2011

Cinta



In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***

Ada seorang rakan paste kata-kata ni kat aku semalam.
“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu siapa jodoh kita.”


Errr..

Macam tu rupanya eh. Baru den tahu


Wednesday, November 9, 2011

woott woottt






In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***




its finally here!
My new baby is here!
TQ mak <3 <3

Fahmi checking the car :)

penat belajar?


In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***

Lately ni takde feel nak update. Nak sentuh laptop pun jauh sekali. On fb pun kejap je,itu pun kt henset je. Kemalasan menjadi faktor utama.

Lagipun skrg ni membusykan diri dengan marathon cerita Dragon Ball Kai. Walaupun exam dh nak dekat tapi macam tak sedar sedar diri je
.
Esok pagi baru nak balik Cheras untuk mula study. Ape nak jadi la.

Belajar in a long period won't do any good for me i guess. Dah almost 6 years belajar since SPM.

Cepat lah gradddd, i've grown tired of all these assignments and exams. @___@

Sunday, November 6, 2011

Allah lebih menyayangi Busu.


In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***

Innalillah.

Dalam pukul 11 tadi mak dapat called dari anak Busu.

"Busu dah takde."

Ayat tu je yang mak mampu cakap kat aku.

Petang tadi Busu ada called mak, cakap dia sesak nafas.

Jenazah arwah akan dikebumikan di kampung banjar esok.

***

Baru je dalam 4 bulan arwah anjang pergi, sekarang giliran busu pulak.

Berita ni buat aku sebak dan sedih. Entah bila giliran aku, macam mana nasib aku nanti.

Al-fatihah untuk arwah busu.

Wednesday, November 2, 2011

..

not feeling well.
dari tadi muntah2 pastu cirit birit.
lembik.
selalu sgt sakit macam ni apsal ea.
esok nak pergi subang, larat ke tak tah.

Header baru. Yeay






In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***

Pagi hari ini dihabiskan dengan men-design header baru untuk blog ni.
Dah bosan dengan header lama.
So bermula lah kerja menggodek Photoshop CS4 dalam laptop ni.
Dan kerja-kerja menggodek brushes baru dari adek aku.

Dah setahun tak bukak photoshop, alhamdulillah masih reti membuat apa yang patut.
Walaupun header ni tak lawa dan serabut tapi aku suka, sebab itu hasil kerja aku sendiri :)


Kalau rajin aku blog la macam mana aku buat header tu step by step :)
Kalau tak bye bye je lah.
Hehe.


Tuesday, November 1, 2011

Blog Saga


In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***

Oh lupa nak bagitahu.

Aku dah dilantik menjadi salah seorang writer untuk Blog New Saga.
boleh klik link itu :)

En Naz cakap dia nak aku share pasal Saga FLX nanti.
Pengalaman, review etc etc.
Sebab nya sekarang tak ramai yang pakai FLX. Ada yang pakai tapi tak ber-belog pulak.

Tapi yang merungsingkan aku adalah cara penulisan aku.
Most of my entries adalah kisah/pengalaman aku ataupun entry lepas geram. Dan gaya penulisan aku yang sangat rojak.
Yelah some people blog untuk menyampaikan ilmu/facts, some for money (nuffnang) and people like me blog for personal satisfaction dan jugak untuk kenangan. Senang cakap I blog for myself.

Boleh ke aku nak meet up En Naz punya expectation?
Sedangkan aku ni punya lah noob pasal-pasal kereta ni.


PS: Excited nak balik rumah ni. Doakan perjalanan pulang lancar (:

is it?



Strange but somehow it is true.

Care to prove it otherwise?