Thursday, November 24, 2011

Penang trip





In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

***
Berlalu lah sudah trip 4 hari 3 malam kitorang kat Penang Island ni. Banyak memori tercipta, banyak juga wang mengalir keluar. Hiks :)

Overall trip ni more to berjalan cuci mata and trying penang local culinary delight. So memang takde la buah tangan berupa keychain mahupun jeruk jeruk. Tak baik untuk kesihatan tau makan jeruk jeruk ni.

So macam biasa, saya lebih rajin meletakkan gambar daripada menulis. Penat aih nak nulis panjang panjang, aku bukannya gifted bab tulis menulis ni :)

As for 1st day, kitorang direct pergi Bukit Bendera dari Airport. Kat sana kitorang naik train ke atas. Kebetulan that day ada pertunjukan ular. So memang wajib amik gambar dengan ular la kan budak budak ni. Bajet tak takut ular last last makcik dia ni jugak jadi mangsa kena pegang kepala ular albino tu =__=
(Menyesal betul la aku pakai heels CR2 merah tu. Bayang la naik bukit pakai heels, memang superwoman.)


Next day, pergi Toy Museum pagi pagi tu. Dalam iklan punya lah gempak kan gambar sekali pergi sana memang indah khabar dari rupa aje dik non. Tak tahu la sebab tengah construction or what tapi tempatnya berhabuk dan banyak figure figure tu yang dah terjatuh. Kira macam tak diselenggara je.
Pastu check out dari Naza Talyya check in kat Chulia Heritage lak then pergi makan kat padang kota lama. Sekali kena 'sembelih' dengan mamak sana. Puii. Tak patut betul. Mentang mentang kau tahu kami bukan local people, kau ketuk harga pasembor sampai RM30 kan. Dahtu mintak Char Kuey Teow biasa, dia bg yang special pastu paksa bayar RM8 sepinggan. Memang taknak datang dah pasni. CKT nya kuah rasa macam sos tomato je.
Makan ni sahaja RM30, kena tipu.

Ni kat Hameediyah Restaurant, recommended by Umi Aziz. Memang the best Briyani in Penang. Puas hati :)

Third day check in kat Vistana, pastu kawan Abg Haikal bawak pergi naik ferry and try out CKT kat seberang prai, memang the best!


Fort Cornwallis

Night view from our balcony. Niceeee :)

Overall the trip memang best sebab it is filled with makanan makanan yang membuatkan perut kita melonjak lonjak gembira. Haha. Another good reason to eat kan. So lepas ni kalau berminat nak ke Penang lagi haruslah ber-contact dengan kawan kawan yang berasal dari sana supaya tak tertipu dengan kedai makan yang nama macam megah tapi servis dan food hampeh. Cari lah kawan local Penang dan ajak dia jalan jalan cari makan okeyh! :)

***

Pasni akan ke Subang untuk memanah. Weekends full of wedding invitations. Going to Kedah untuk small reunion with INTEC's friends dan Port Dickson untuk family outing.

First time jadual cuti padat macam ni :)

0 comments:

Post a Comment