In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.
Ye aku notice lately ni aku lebih banyak berbicara tentang kawan, tentang hati dan perasaan.
Tapi hati dan perasaan yg dibicarakan itu juga melibatkan kawan sebab aku belum terbuka untuk menerima sesuatu yang lebih dari kawan.
Not since the previous one.
Bagi aku kawan tu sangat penting (of cuz selepas Yang Maha Kuasa dan my family)
Tapi bukan senang kita nak cari kawan yang betul-betul boleh dijadikan kawan, bukan sekadar kawan di masa kita senang, bukan sekadar kawan untuk kita bergelak ketawa. Bukan bukan.
Apa yang kita nak ialah kawan yang sentiasa berada dengan kita susah senang, yang boleh terima buruk baik kita, yang boleh nasihat kita, yang boleh membimbing kita, yang boleh jadi solid ground untuk sentiasa sokong kita.
Atau dalam erti kata lain kawan sejati.
Seorang hamba Allah ni told me that if we want our fren to be sahabat sejati, kita kena doakan dia setiap hari lepas solat.
Nak doa sepanjang hari lagi bagus.
Sebagai contoh "Ya Allah jadikan la Aminah ini sahabat sejati aku, dan jadikanlah juga aku sahabat sejatinya"
Lebih kurang macam tu la kiranya.
So aku harap sangat aku dapat temui kawan sejati itu dan aku harap aku boleh jadi kawan sejati juga.
Dan aku juga harap hubungan aku dengan somebody yang dah tercalar dan terpalit akibat perbuatan kami tu boleh dibaiki dengan izin Allah.
Aku harap jika benar dia ditakdirkan menjadi kawan aku, biarlah kami menjadi kawan sejati yang hubungan kami diredhai Allah.
Aminnn.

0 comments:
Post a Comment