Saturday, April 17, 2010

Dosa

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Dipetik dari belog seorang rakan setelah beliau meminta saya membaca belog nya.


Saksikanlah kebesaran TuhanMu... memberi peringatan kepada setiap hambaNya.

"Sahabat... sudah sekian lama sy membuat pemerhatian.
akhirnya, sy faham bahawa setiap saat pengalaman dalam hidup itu adalah Tarbiyah dari Allah S.W.T kepada mereka yang dikehendakiNya".
Maka....
Perlukah kita berputus asa bila kita telah terjatuh ke dalam dosa???

owh.. Jawapannya tidak sama sekali.
Sahabat...
Teruskanlah berjuang mengubah kehinaan yang ada pada dirimu (diriku)... untuk mencari kemuliaan dalam CintaNya.


Alhamdulillah, terima kasih atas pesanan saudara.

Hakikatnya manusia (mungkin bukan saudara, tapi saya) tend to give up and putus asa bila dah jatuh dalam dosa.

Itu sukar disangkal.

I know, we all know yang kita patut cuba mengubah diri.

Tapi sahabat…

Bukan senang nak berjuang mengubah kehinaan yg ada pada diri aku…

Memang tak senang…

At one time, rasa putus asa.

Some other time, rasa insaf dan sedar betapa kerdil nya diri ini.

Tapi susah… susah untuk bangun sendiri.

Lagi-lagi bila jatuh dari tempat yg tinggi.

'Kecederaan' nya lebih parah, perlu bantuan 'paramedik'.

Sedangkan bila terseliuh pun perlu bantuan rakan untuk bangkit.

Tapi bukan lah bermakna yang aku ni dah give up, bukan bukan.

Tapi aku tengah berusaha…dan insyaAllah akan terus berusaha.

Pesanan dan nasihat saudara sedikit sebanyak membuka mata saya untuk melihat dari sudut yang lebih positif.

Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment